Posted by HoNey & CloVer CoRnEr...... | 01:27 | 0 comments »

Menangislah Kerana Allah

BINGKISAN KHAS:


Buat mereka yang sering menangis kerana terluka dengan kekasihnya dan menangis kerana ditinggalkan oleh kekasihnya. Serta buat semua ummah yang pernah terlupa...


PERKARA: MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH
Firman Allah swt dari surah Al Maidah ayat 44 yang kira-kira maksudnya:
“Maka janganlah Engkau takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu...”


Diceritakan, ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sampailah mereka ke satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pun tidur. Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya. Wanita itu menyahut, “Lihatlah samada orang-orang telah tidur semuanya?”
Lelaki itu memikirkan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan itu untuk melihat samada semua orang telah tidur atau tidak. Setelah jelas bahawa semua orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”
Lalu, wanita tersebut bertanya; “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga telah tidur?”
Dan lelaki itu pun menjawab. “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”
Wanita itu pun berkata lagi. “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak untuk ditakuti.”
Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita itu kerana dia takut kepada Allah. Dia telah pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi bertemu dengannya.
Lalu ditanya; “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”
Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku meninggalkan dosa itu.”
Rasulullah saw bersabda:
“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.
“Sesungguhnya Allah berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa yang berasa aman dariKu di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”
Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah. Pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hinggakan menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh tersebut semakin kuat. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri). Kecuali Rasulullah saw yang sering kau lupakan. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”
Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata; “Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang yang khusyu’. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!”
Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka, berkatalah Jibril as: Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu datanglah ia sambil membawa segelas air sambil berkata lagi: “ Ambillah air ini. Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw melakukan perkara itu. Dan seketika itu, api itu pun padam.
Lalu, Nabi Muhammad saw bertanya: “Air apakah ini?” Jibril menjawab: “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam dengan izin Allah”
Rasulullah saw seringkali berdoa: “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”
Barangsiapa yang ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala serta rahmatNya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat. Dalam kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Rasulullah saw, sesungguhnya baginda bersabda:
“Ketika masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu, mereka menjadi kehairanan.”
Lantas Allah berfirman. “Wahai hamba-hambaKu mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.”
Dan mereka menjawab: “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian, Allah telah berfirman kepada malaikat: Bukakanlah hijab dari muka mereka. Malaikat menjawab: Ya Tuhanku, bagaimana mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka? Lalu Allah menjawab; “Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin bertemu denganKu.” Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka dapat melihat. Maka, segera mereka bersujud kepada Allah.
Tetapi Allah berfirman: “Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk beribadat tetapi adalah tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yang berkekalan.” Kemudian, mereka nampak Allah tanpa kaifiyah. Allah berfirman lagi: “Salam sejahtera bagi engkau hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu. Apakah engkau redha kepadaKu?” Mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.” Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al Baiyinah ayat 8: Ertinya; “Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepadaNya.”
Dan firman Allah dalam Yasin ayat 58 yang membawa makna: “... (Dan ucapan) perkataan selamat daripada Tuhan yang pengasih.” Dan Rasulullah saw telah bersabda: “Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kerana Allah swt. Sehingga air susu kembali ke tempat asalnya.”
*Sumber: Terjemahan Mukasyafah Al Qulub tulisan Imam Al-Ghazali.
Buat mereka yang seringkali menangis demi perkara yang sia-sia; menangis kerana cinta manusia, menangis kerana membaca novel cinta, menangis menonton filem cinta yang semu. Cinta! Cinta! Cinta duniawi.
Istighfarlah! Sedarlah! Bangkitlah dari lenamu.
Buat mereka yang seringkali melupakan kekasih yang paling agung; Allah sedang menantimu di pintu taubatNya. Pulanglah padaNya... dan menangislah untukNya. Menangis untuk menangih cintaNya, menangis kerana memohon taubatNya, menangis kerana berdosa padaNya, menangis kerana takut padaNya. Kerana Allah swt telah berfirman:
“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah...” (Al-Hasyr: 19)
Ingatlah, menangislah kerana Allah, kerana hanya Allah sahaja yang layak buat semua titisan air matamu...

SUMBER: iLuvislam.com

-sElamaT MemBACE-

sILa bAcA Erk....=P

Posted by HoNey & CloVer CoRnEr...... | 14:32 | 3 comments »

Kajian yang diterbitkan di Archives of Internal Medicine, bahawa tidur dapat melawan kegemukan, dan orang yang kurang tidur akan cenderung untuk menjadi gemuk. Penelitian ini dilakukan terhadap 1000 orang dan hasil kajian menemukan jumlah waktu tidur dapat menurunkan Indeks Jisim Tubuh, suatu ukuran kegemukan yang diperolehi dari perbandingan berat badan dan tinggi badan. Kajian mendapati mereka yang gemuk, mempunyai waktu tidur yang kurang iaitu sekitar 1.8 jam berbanding mereka yang berat badan normal. Dengan penambahan 20 minit daripada waktu tidur setiap malam, dapat menurunkan Indeks Jisim Tubuh. Bagaimana ini terjadi?...ok....dari penelitian didapati, seseorang yang mempunyai tidur yang kurang akan menurunkan hormon protein menyekang nafsu makan yang disebut sebagai Leptin, dan meningkatkan hormon lainnya yang menyebabkan keinginan untuk makan. Selain itu, neuropeptida di otak yang mengarahkan makan dan tidur, menjadi saling bertindih. Kekurangan tidur selain dapat mengakibatkan kegemukan, juga mempunyai kesan buruk.
-selamat mencuba......=)....-

mAtA, MulUt, teLINgA, HAtI, DAN oTak...=)

Posted by HoNey & CloVer CoRnEr...... | 08:03 | 2 comments »


Kita lahir dengan 2 mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan sepasang telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengar semuanya dari dua buah sisi. Bertujuan mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita sehingga tidak peduli semiskin mane pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang mendapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
Kita diberi satu mulut dan mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut boleh menyakiti, boleh membunuh, boleh menggoda, dan banyak hal lain yang tidak menyenangkan. Maka ingatlah berkata sesedikit mungkin tetapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kita lahir hanya dengan satu hati jauh di dalam diri. Mengingatkan kita pada perhargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia. Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
-renung-renungkanlah....-

MuTiAra & PasiR.....

Posted by HoNey & CloVer CoRnEr...... | 16:43 | 0 comments »


AL-KISAH, seorang pemuda yang baru bergraduat mengalami perasaan sangat tertekan dan berputus asa kerana sukar mencari kerja sehingga memutuskan untuk membunuh diri dengan terjun ke dalam laut. Ketika dia sampai di pantai dia berkenalan dengan seorang tua yang ramah dan bijaksana dan mereka berbual sehingga pemuda tadi memberitahu hasratnya untuk bunuh diri.
Setelah mendengar cerita pemuda tadi, orang tua tersebut meminta si pemuda melihat apa yang dilakukannya. Orang tua membongkok mengambil segenggam pasir dan kemudian melemparkannya kembali ke bawah, seketika pasir tersebut lebur dan menjadi satu dengan pasir yang lain yang ada di bawah lalu orang tua itu berkata kepada si pemuda; "cubalah kamu ambil pasir tadi yang saya lemparkan ke bawah", dan si pemuda kehairanan dan berkata; "mana mungkin saya dapat mengambil pasir tersebut kerana pasir tersebut telah bercampur dan menjadi satu dengan pasir lain." Orang tua tersebut tersenyum dan kemudian mengambil sebutir mutiara dari dalam kantungnya dan melemparkannya ke bawah seraya berkata kepada pemuda tersebut; "ambil lah mutiara tersebut", dan dengan mudahnya pemuda tersebut mengambilnya.
Lalu dia memberitahu pemuda tersebut bahwa untuk menjadi atau mendapat apa yang kamu inginkan maka kamu harus berbeza dengan orang lain, jikalau kamu sama dengan orang kebanyakan maka kamu tidak akan terlihat, demikian juga ketika kamu mencari kerja dan sebagainya. Kesimpulannya, apabila kita lemah terhadap diri kita maka kehidupan akan keras terhadap kita. Bila kita keras terhadap diri kita maka kehidupan akan lemah terhadap kita.....=)
-SELAMAT MEMBACA-

10 StRaTeGi UnTuK gEmBiRA....=)

Posted by HoNey & CloVer CoRnEr...... | 18:39 | 0 comments »

1. Pilih Untuk Gembira!


  • Pilih untuk ada di persekitaran atau berkawan dengan org yang bersikp +ve serta mampu membuat anda gembira.
  • Menurut Pensyarah psikologi Universiti Virgina, Prof Jon Haidt utk teng seseorg boleh memilih sama ada mahu menjd pemaaf@ seseorg yng bersyukr dn berterima kasih.

2. Pilih Perasaan Bersyukur.

  • Langkah terbaik ialah menyenaraikan kelebihan yang dimiliki seperti kasih sayg keluarga, anak, temapt tinggl mahupun persekitaran dan bersyukur dengannya.

3. Amalkan Sikap Pemaaf.

  • Berfikiran -ve, memendam kemarahan dan memikirkan keburukn org lain memberi kesn buruk kepda kesihtan mental.

  • 1 cara utk kikis kesan buruk ini ialah memaafkan kesilapan org lain pd kite - ini dapat kurgkan ingatan terhdp insiden pahit yang boleh merangsang marah.

4. Lawan Pemikiran -Ve.

  • Pemikiran -ve merupakan samph dalam otak.
  • Perlu belajr kenalpasti pemikiran -ve supaya ia boleh dikawal dan dibuang.

5. Tambah Sahabat.

  • Penawar kesedihan ialah mempunyai sahabt baik yg sentiasa mengambil berat mengenai anda.
  • Kajian di Australia mendapati warga emas yang berusia 70 tahun ke atas yg ada shbt baik, hidup lebih lama dan gembira.

6. Sentiasa Berbuat Baik.

  • Kesannya:Org yang gembira berasa lebih yakin dengn keupayaan diri dan ia diakui menjadi 'vitamin' kpd sistem imun badn dan boleh mempercepatkan kadar penyembuhan.

7. Sertai Pelbagai Aktiviti Kemasyarakatan.

  • Pilih aktiviti yang sesuai dengan minat dan memberi manfaat kepada org lain dan persekitaran.

8. Jangan Lokek Dengan Senyuman.

  • Pujian ke atas perkara kecil misalnya bukan sahaja boleh membuat seseorg merasa seng hati malah boleh rapatkan hubgn sesama insan.


9. Bersenam.

  • Senaman merupakan ubat anti kemurungan yang sangt berkesan bg jangka pendk dan pnjg.
  • Apb. kita bersenam kita lebih segar dan tenang.

  • Kajian membuktikan senaman mampu kurangkan kemurungan pd semua peringkat umur.

10. Wang Bukan Segalanya.

  • Walaupn kajian menunjukkan penduduk di negara kaya lebih gembira berbandg negara miskin, tetapi apb. sudah memiliki rumah, pakaian, dan segala keperluan lain, mempunyai banyk wang tidak membuat seseorg jdi lebih gembira - kata pemyelidik Universiti Priceton,Prof. Daniel Kahneinan....hohoho...bukan kate saya...=)




Posted by HoNey & CloVer CoRnEr...... | 22:44 | 0 comments »

Siapakah orang yang BAHAGIA?

  • Orang yang bahagia itu akan selalu:-
  1. Menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah.
  2. Menyediakan waktu untuk ketawa kerana tertawa itu muzik jiwanya.
  3. Menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan.
  4. Menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan.
  5. Memyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu membuat muda selalu.
  6. Menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa....=)